SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD?
Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya,
sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad
berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih
berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia
merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin
Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq
memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di
bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa
setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh
kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa
orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam.
Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang
terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan
kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan
persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan
bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman
Khilafah Ar-Rasyidin.
BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA
Ini bertepatan dengan mendung hitam yang
melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu
dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick.
Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang
tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja
dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam
kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian
danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih
menjanjikan. Dan saat itu Afrika, adalah sebuah daerah yang makmur dan
mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan
pemerintahan Islam.
Satu dari jutaan penghijrah itu adalah
Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh
Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, raja muda Islam di Afrika
untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu.
Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke
atas pantai selatan Sepanyol.
Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H
(bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya
Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin
12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan
Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini
dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.
PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA
Setelah mendarat di pantai karang, Thariq
dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah
pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan
kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja
Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga,
yaitu dari arah laut.
Pada mulanya, bilangan tentera Kristian
yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan
pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan
Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini
dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar
kpd Gibratar.
Di atas bukit karang setinggi 425m di
pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua
kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini
membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?”
tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.
Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.
Keberanian dan perkataannya yang luar
biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam
sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :
“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya
di pantai Andalusia (Sepanyol), Perajurit-perajurit mengatakan bahawa,
tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke
negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum
Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari
tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya,
dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung
halaman kita.”

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut
cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala
tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik
yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul
baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan
hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang
menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.
Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera
Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate.
Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka
ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan
utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu
menyerah tanpa perlawanan sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan
Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan
Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate.
Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang
Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara
Islam secara terbuka.
Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan
bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat
Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin
berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w
memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menaklukkan
Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum
Muslimin dan menepati janji.
SELEPAS PENAKLUKAN ISLAM KE ATAS SEPANYOL
Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama
tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan
tentera Muslimin. Selain itu, perilaku & akhlak Thariq dan
orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa
yang ditaklukkannya.
Salah satu pertempuran paling hebat
terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam
pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq
untuk mengalahkan tentera Nasrani.
Selanjutnya, kedua general itu bergerak
mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun
seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis
kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah
nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.
Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.”
Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang
Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama
benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa
dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh
toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.
Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu,
sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan
hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang
disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat
jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan
menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan
memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua
komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.
Pemerintahan Islam yang baik dan
bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk
pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam
keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan
makmur.
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.”
Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke
atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lainnya. Saat merencanakan
penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah
untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq
memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di
Damaskus. Tak lama kemudian, Thariq wafat di sana. Budak Barbar,
penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan
abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga
Allah merahmatinya dan menerima ruh Thariq bin Ziyad ini.




Rujukan: Gambar-gambar lain model dirujuk dari http://www.discovergibraltar.com/mainlogo/mainfrm.htm
*terima kasih utk En.Shah dari IGP consulting utk browse website ini*
Sumber lain:
3.From: Charles F. Horne, ed., The Sacred
Books and Early Literature of the East(New York: Parke, Austin, &
Lipscomb, 1917), Vol. VI: Medieval Arabia, pp. 241-242. Scanned by
Jerome S. Arkenberg, Cal. State Fullerton. The text has been modernized
by Prof. Arkenberg.
5.KISAH PARA PENAKLUK: Kisah Para Panglima Perang Muslim Menaklukkan Dunia.
Oleh:Abdul Mun’im al-Hasyimi
Oleh:Abdul Mun’im al-Hasyimi
0 komentar:
Posting Komentar